PDRM giatkan usaha kesan suspek kes bunuh pegawai kanan polis Thailand
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat mengesan dua suspek utama kes pembunuhan seorang pegawai kanan polis Thailand yang dipercayai melarikan diri ke sempadan negara baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, setakat ini tiada perkembangan terbaharu berhubung usaha mengesan dua lelaki terbabit setakat ini, lapor portal HM Online.
“Setakat ini masif negatif,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan kes berkenaan hari ini.
Dua suspek berkenaan, Abdullah Samok, 30, dan Abdullah Bulat, 40, masing-masing berasal dari daerah Chanae dan Rueso di Thailand, berkemungkinan melarikan diri ke Malaysia untuk bersembunyi di kawasan hutan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Kedua-dua suspek dikatakan mempunyai 14 waran tangkap pelbagai kesalahan berkaitan isu keselamatan.
Dalam kejadian pada 14 Januari lalu, kedua-dua suspek dipercayai menyerang hendap mangsa, Leftenan Kolonel, Suwit Chuaythewarit, 56, dan anaknya, Senior Sarjan Mejar, Dome Chuaythewarit, 35, menyebabkan kedua-duanya terbunuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









