Pegawai kanan polis direman, terima suapan RM64,000 lindungi pusat hiburan haram
KUANTAN – Gara-gara menerima suapan RM64,000 daripada pengusaha pusat hiburan haram, seorang pegawai kanan polis dikenakan perintah reman selama lima hari.
Perintah reman sehingga 2 Mei dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Memetik laporan Buletin TV3 yang menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan di kediamannya kira-kira pukul 2 petang semalam dan siasatan awal mendapati dia disyaki melakukan perbuatan terbabit antara 2020 hingga 2023 ketika bertugas di satu daerah di negeri ini.
“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” kata sumber berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












