Peguam Negara ketuai jawatankuasa khas siasat pemilikan saham Azam Baki – KSN
PUTRAJAYA — Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, keputusan penubuhan jawatankuasa itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini.
Beliau berkata, jawatankuasa khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
“Dua lagi anggota jawatankuasa ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican
“Jawatankuasa ini akan melaksanakan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan serta syor jawatankuasa akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan pihak berkuasa tatatertib untuk pertimbangan lanjut berdasarkan tatacara yang ditetapkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












