BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar terkesan banjir di Sabah, Sarawak dibenar PdPR, tidak berseragam

KUALA LUMPUR – Pelajar yang terkesan akibat bencana banjir di Sabah dan Sarawak dibenarkan untuk mengikuti proses pembelajaran secara pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini turut memberi kelonggaran pakaian untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.

“Susulan banjir yang melanda, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sekolah terjejas sedang dipergiat sebagai persediaan pembukaan sekolah selepas Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026.

“KPM turut menyediakan pelbagai bantuan kepada murid termasuk penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 69 buah sekolah di Sabah dan Sarawak terjejas banjir.

Ia membabitkan 33 buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah di Sabah serta 28 buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah di Sarawak.

Tujuh buah sekolah di Sabah turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button