BERITA SEMASALUAR NEGARA

Peluru berpandu Yaman ‘hinggap’ di lapangan terbang Ben Gurion, operasi penerbangan ditangguh

TEL AVIV – Sebuah peluru berpandu balistik yang dilancar oleh pihak Houthi di Yaman mengenai kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, Israel pada pagi ini.

Serangan itu mengakibatkan kerosakan pada bahagian jalan raya, sebuah kenderaan dan menyebabkan operasi lapangan terbang itu dihentikan sementara.

Tentera Israel mengesahkan bahawa sistem pertahanannya gagal memintas peluru berpandu tersebut walaupun beberapa percubaan dilakukan.

Menurut pasukan paramedik negara haram itu, seramai lapan orang dilaporkan cedera akibat serangan itu.

Sementara itu, pejuang Houthi di Yaman yang mengaku bertanggungjawab dan memaklumkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap perang dan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree dalam satu kenyataan di televisyen memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa Lapangan Terbang Ben Gurion “tidak lagi selamat untuk perjalanan udara”.

Akibat serangan itu, semua penerbangan di lapangan terbang utama Israel dihentikan seketika dengan beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan.

Semua laluan masuk ke lapangan terbang turut ditutup sementara dan perkhidmatan kereta api ke kawasan itu turut dihentikan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengancam tindakan balas yang keras kepada pejuang Houthi.

“Siapa yang menyerang kami, kami akan membalas tujuh kali ganda,” katanya merujuk kepada ayat dalam kitab Taurat berkaitan hukuman berat atau keadilan.

Menurut rekod pihak berkuasa Palestin, seramai 52,495 orang terbunuh dalam serangan Israel selama lebih 18 bulan ke atas Gaza, termasuk 57 orang yang mati kebuluran sejak sekatan total Israel pada 2 Mac lalu.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button