Trump ugut putus hubungan dengan Israel
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan memutuskan hubungan dengan Israel sekiranya negara itu meneruskan rancangan memperluas penempatan haram di Tebing Barat.
Amaran keras itu dilaporkan portal MailOnline semalam dan disifatkan sebagai langkah luar biasa yang menggambarkan tekanan dihadapi Trump dalam usaha mencapai perdamaian di Asia Barat.
Trump dilaporkan menentang rancangan perluasan berkenaan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang turut berdepan kritikan antarabangsa.
Bagaimanapun, kumpulan kecil sayap kanan di Baitulmaqdis menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk menghalang pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Sementara itu, Naib Presiden AS, JD Vance yang berada di Israel minggu ini ketika serangan udara kembali meningkat di Semenanjung Gaza turut mengecam tindakan parlimen Israel meluluskan usul menyokong penempatan haram tersebut.
“Undian itu adalah tindakan politik yang sangat bodoh dan saya secara peribadi terasa dihina dengannya. Dasar pentadbiran Trump jelas Israel tidak boleh meluaskan penempatan haram secara paksa di Tebing Barat,” memetik laporan Kosmo.
Kenyataan tegas itu dilihat sebagai tanda ketegangan baharu dalam hubungan antara Washington dan Tel Aviv yang selama ini dikenali sebagai sekutu rapat di rantau berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












