LUAR NEGARA

Pemain bola sepak maut dipanah petir

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia maut akibat dipanah petir ketika perlawanan bola sepak di Stadium Siliwangi di Bandung, Jawa Barat, Sabtu lalu.

Mangsa, Septian Raharj, 35, berasal dari Subang rebah di atas padang akibat panahan petir tersebut.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang masih bernafas segera dikejarkan ke Hospital Sariningsih.

Namun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika di hospital.

Septian Raharj

Difahamkan insiden itu berlaku semasa separuh masa pertama perlawanan persahabatan antara 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button