BERITA SEMASA

Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan sendiri, bukan di bawah kuasa Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa projek pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya, Pahang bukan di bawah bidang kuasa pihaknya.

Menurut LLM dalam satu kenyataan, ini kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan.

“Jalan tersebut adalah merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak),” katanya.

Sebelum ini tular gambar pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button