Lima pendaki Jerman maut akibat runtuhan salji di Alps
ROM – Lima pendaki dari Jerman maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan salji di pergunungan Alps, Itali.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kumpulan pendaki berkenaan dilaporkan memulakan pendakian ke puncak Cima Vertana di banjaran gunung Ortler, berhampiran perkampungan Solda, pada Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun, runtuhan salji berlaku ketika mereka sedang menuju ke puncak.
“Insiden itu turut mengheret dua kumpulan pendaki yang diikat dengan tali berasingan, menyebabkan beberapa daripada mereka dihanyutkan oleh salji tebal,” katanya lapor Reuters.
Pasukan penyelamat menemui mayat dua lelaki dan seorang wanita pada Sabtu, manakala dua lagi mangsa, iaitu seorang bapa dan anak perempuannya berusia 17 tahun ditemui semalam.
Dalam kejadian itu, dua lagi pendaki berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Banjaran Ortler, yang terletak berhampiran sempadan Switzerland, merupakan antara destinasi popular bagi pendaki dan penggemar aktiviti lasak yang berpengalaman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











