BERITA SEMASA

Perbadanan Putrajaya wajibkan pelitup muka kepada pengendali makanan, minuman

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya mewajibkan semula pemakaian pelitup muka kepada semua pengendali makanan dan minuman di daerah pentadbirannya berkuat kuasa serta merta.

Arahan penguatkuasaan itu diumumkan Perbadanan Putrajaya hari ini dalam satu hantaran poster di Facebooknya.

Perintah mengenakan pelitup muka itu juga diwajibkan kepada penyelia dan pengendali makanan walaupun tidak berdepan dengan pengguna.

“Arahan pemakaian pelitup muka kepada semua penyelia/ pengendali/ peniaga makanan dan minuman di Putrajaya berkuat kuasa serta merta,” menurut kenyataan itu.

Langkah pencegahan jangkitan penyakit itu dibuat ekoran peningkatan jumlah Covid-19 yang semakin bertambah.

Orang ramai menyifatkan usaha itu tepat pada masanya dan meminta pihak berkuasa tempatan mensyaratkan pemakaian sarung tangan kepada golongan yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button