PM berlepas ke Timor-Leste untuk lawatan rasmi
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Timor-Leste hari ini bagi lawatan rasmi atas jemputan rakan sejawatnya, Kay Rala Xanana Gusmão.
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar berkata, lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste serta menyokong kesediaan negara itu untuk menjadi anggota ASEAN.
Lawatan rasmi ini penting untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menyokong kesediaan Timor-Leste sebagai bakal anggota ke-11 ASEAN.
“Moga segala perancangan dan agenda yang diatur dipermudahkan dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.
Lawatan itu dijangka merangkumi perbincangan berkaitan kerjasama ekonomi, pembangunan sosial dan usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












