BERITA SEMASAPMX

Obor perjuangan reformasi harus terus menyala – Anwar

KUALA LUMPUR – Obor perjuangan gerakan reformasi yang bermula sejak 26 tahun lepas harus terus menyala dengan berbekalkan semangat “suara rakyat, suara keramat”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau mahu pejuang keadilan dan reformasi tidak melupakan asas penubuhan parti kerana watak-watak penting inilah yang meletakkan asas perubahan landskap politik negara.

“Jangan pula lena dan terlalu selesa dengan jawatan dalam kerajaan atau sebagai wakil rakyat kerana asas perjuangan parti itu selama ini harus terus mekar menyala untuk keharmonian rakyat dan juga negara sebagai satu kesatuan penting,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan amanat tersebut pada Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat pada malam semalam yang dihadiri pimpinan utama parti, veteran, ahli sejati, anak muda dan juga mereka yang kekal bersama sejak dahulu lagi.

Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat yang diadakam pada malam semalam. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, rapat umum itu diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi sambil mengingatkan ahli dan jentera parti supaya terus memperkukuh jentera demi rakyat dan negara.

“Menggunakan platform yang ada, saya maklumkan hadirin bahawa Insya-Allah, Belanjawan Madani tahun ini akan cuba menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dengan lebih baik lagi,” tambahnya yang juga Menteri Kewangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button