BERITA SEMASA

Polis buka kertas siasatan himpunan Ops Terjah di Bukit Mertajam Sabtu ini

GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan terhadap hantaran yang dimuat naik penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, berhubung perhimpunan Ops Terjah” di sebuah kuil Hindu yang dibina di hadapan pintu masuk Hospital Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata siasatan itu dimulakan susulan laporan polis dibuat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, pada Selasa lalu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman.

“Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, di sini. 

Menurut Azizee, susulan itu pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai atau menganjurkan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kekacauan atau menjejaskan ketenteraman masyarakat setempat. 

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang berunsur provokasi atau membuat spekulasi yang boleh mencetuskan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum. 

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada. 

Semalam, RSN Rayer membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook yang mendakwa terdapat rancangan untuk merobohkan sebuah kuil yang terletak di hadapan Hospital Bukit Mertajam.

Dalam laporan itu, Rayer yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa kandungan dimuat naik bersifat provokasi dan mampu mencetuskan ketegangan kaum serta agama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button