Polis kesan lelaki warganegara India cabul kehormatan pengunjung kuil
SEPANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara India berhubung satu kes mencabul kehormatan di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, baru-baru ini.
Ketua Polis Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa pada 4 Julai lalu.
“Siasatan mendapati, suspek bertugas sebagai sami sementara di kuil berkenaan.
“Modus operandi suspek adalah menggunakan air yang sudah dijampi yang kemudiannya direnjis pada muka dan badan mangsa sebelum melakukan pencabulan,” kata Norhizam dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diseru menghubungi pegawai penyiasat, Inpektor Sathiyan di talian 0132060771 atau IPD Sepang di talian 03-87774222,” katanya lagi.
Norhizam pada masa yang sama menasihatkan orang ramai supaya tidak mencetuskan isu perkauman atau sentimen keagamaan berhubung kejadian ini.
Terdahulu, kes ini menjadi tular di media sosial setelah seorang wanita memuat naik hantaran mengenai detik hitamnya ketika mengunjungi kuil tersebut secara berseorangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











