BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Bapa tiri ditahan rakam video ahli keluarga dalam tandas

TAWAU – Perbuatan tidak bermoral seorang lelaki yang dipercayai merakam video ahli keluarganya secara sulit di dalam tandas terbongkar selepas aksinya dikesan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 39 tahun yang juga bapa tiri mangsa ditahan pada jam 8.07 malam, kurang dua jam selepas laporan polis diterima pada jam 6.27 petang hari sama.

Menurut beliau, kejadian itu terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik suspek disorokkan di dalam tandas dalam keadaan sedang merakam, sebelum menyerahkannya kepada ibunya.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa rakaman video mengaibkan melibatkan mangsa serta anak-anaknya yang dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mereka ketika menggunakan bilik air.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh dan tinggal serumah dengan mangsa turut mengakui perbuatannya selepas disoal oleh ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit yang dirampas menemukan sebanyak 10 klip video membabitkan mangsa dan dua anaknya.

“Suspek ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh serta mengaibkan kehormatan mangsa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button