JENAYAH & MAHKAMAH

Polis KL terus buru saki-baki penyerang wartawan sukan

KUALA LUMPUR – Polis masih terus memburu saki-baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti dan menahan semua individu yang terlibat.

“Walaupun (seorang) suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama.

“Kita sedang mengesan saki baki individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini, ” katanya selepas hadir pada Program Penyerahan Sumbangan Masih Ada Yang Sayang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Fadil bagaimanapun enggan mengulas sama ada polis sudah mengenal pasti suspek lain dalam kes berkenaan.

Laporan media pada 25 November lalu menyebut, Haresh, yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, mendakwa beliau diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya, manakala seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button