Proses rakam keterangan ambil masa hampir 40 minit – Tony Pua
CYBERJAYA – Proses merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berlangsung selama kira-kira 40 minit susulan kontroversi hantaran di media sosial berkaitan Rukun Negara.
Tony dalam hantaran di Facebook berkata. beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
“Saya menawarkan diri untuk hadir pagi esok, namun Inspektor yang bertanggungjawab menyatakan menerima arahan untuk diambil kenyataan hari ini (Khamis).
“Janji temu dibuat di Petaling Jaya hari ini pukul 4 petang dengan saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada dua pegawai yang profesional.
“Proses itu mengambil masa kira-kira 40 minit,” katanya dalam hantaran tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












