BERITA SEMASA

Siti Nurhaliza sedih sekolah dibinanya di Gaza musnah dibedil

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan kesedihan beliau apabila sekolah yang dibinanya di Gaza, Afwa Al Aafiyah musnah dibedil tentera zionis.

Berita sedih itu dikongsikan Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, di Instagram.

siti nurhaliza
Sekolah Afwa Al Aafiyah dibina pada 2021 oleh Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

“Akhirnya Israel membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah. Tak mengapa kita pasti bangkit semula,” kata Siti dalam hantaran itu.

Beliau turut berkongsi keadaan Dr. Mohanad Kullab yang merupakan pensyarah dan wakil Yayasan Nurjiwa di Gaza yang telah berpindah ke selatan Gaza untuk menyelamatkan diri.

“Mereka sekeluarga telah berpindah ke selatan. Kami akan cuba bantu mereka di sana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza selamat,” kata Siti lagi.

Sekolah Afwa Al Aafiyah dibina pada 2021 oleh Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Sejak ditubuhkan, sekolah tersebut menjadi tempat anak-anak Gaza menimba ilmu selain menjadi tempat perlindungan daripada serangan tentera zionis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button