BERITA SEMASA

SPRM nafi keluarkan dokumen siasatan pornografi kanak-kanak

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan ada mengeluarkan sebarang dokumen berhubung siasatan kes pornografi kanak-kanak seperti yang tular di media sosial dan emel.

Dalam satu kenyataan, SPRM menegaskan dokumen yang menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM serta mencantumkan logo dan alamat rasmi suruhanjaya itu adalah palsu.

Malah, ia juga digunakan secara tidak sah bagi tujuan penipuan.

“Orang ramai diminta untuk tidak mudah terpedaya dengan sebarang mesej, emel atau dokumen meragukan yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM.

“Sila semak kesahihan sebarang maklumat menerusi saluran rasmi kami,” kata kenyataan.

Jelas SPRM, sebarang maklumat berkaitan boleh disemak menerusi laman sesawang www.sprm.gov.my, Facebook rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan talian bebas tol 1-800-88-6000.

“Orang ramai juga diseru agar tidak menyebarkan dokumen palsu tersebut dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej sedemikian,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button