
STR fasa dua dikreditkan mulai 5 April
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan memaklumkan seramai 8.7 juta golongan B40 akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang akan disalurkan secara berperingkat mulai Rabu ini
Katanya, pembayaran STR Fasa 2 membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1.26 bilion itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR
“Bagi kategori isi rumah yang membabitkan empat juta penerima akan menerima bayaran RM200, manakala 1.2 juta warga emas dan 3.5 juta penerima bujang akan menerima RM100,” katanya, semalam
Tambah kenyataan itu, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran pada tarikh yang sama.
“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April ini
Selain itu, RM2.93 bilion juga diperuntukan untuk STR telah dibayar kepada golongan B40 pada 2023
“Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu padaJulai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu atau kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian
“Sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR,” katanya
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






