JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek IED direman tujuh hari

NILAI – Suspek utama insiden letupan membabitkan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma, Nilai, 22 Disember lalu, direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, suspek berusia 62 tahun itu direman sehingga 3 Jan depan bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Nur Ain Ariffin selepas permohonan dibacakan di Zon Merah, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini.

“Susulan kes letupan di kawasan parkir kenderaan dekat Desa Palma baru-baru ini, polis menahan suspek di Batang Benar, Nilai, pukul 4.15 petang semalam.

“Dia direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Jan depan.

“Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media semalam menyebut, suspek berjaya ditahan semalam dalam keadaan lemah dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian badan serta muka.

Dalam kejadian awal pagi 22 Disember lalu, satu peranti IED dikatakan meletup di dalam kereta ketika suspek mengalihkan bahan tersebut sebelum melarikan diri.

Polis meminta bantuan orang awam mengesan suspek yang menjadikan sebuah rumah di Desa Palma sebagai makmal selain dikenal pasti mempunyai mempunyai pengetahuan mengenai pembuatan IED.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button