BERITA SEMASALUAR NEGARA

Takaichi wanita pertama dilantik jadi PM Jepun

TOKYO – Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP), Sanae Takaichi dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun selepas memenangi undian di Dewan Rendah Parlimen, hari ini.

Takaichi memperoleh 237 undi, melebihi majoriti daripada 465 kerusi di dewan berkenaan, menurut kenyataan pegawai Parlimen.

Beliau dijangka turut mendapat kelulusan daripada Dewan Atasan yang mempunyai kuasa lebih terhad, sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-104 petang ini.

Takaichi akan menggantikan Shigeru Ishiba, yang meletakkan jawatan bulan lalu bagi mengambil tanggungjawab atas kekalahan pilihan raya.

Pemimpin berusia 64 tahun itu, yang sebelum ini tewas tipis dalam pemilihan kepimpinan LDP tahun lalu, kini berdepan tugas besar termasuk menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dijadual tiba di Tokyo minggu hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button