Tarif ekonomi AS tidak gugat kestabilan ekonomi negara – PM Anwar
PUTRAJAYA – Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ekonomi ke atas Malaysia dijangka tidak akan menggugat kestabilan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ekonomi Malaysia kekal kukuh dan berdaya tahan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas terhadap AS.
“Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari sudut ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus perlu disemak semula.
“Bagaimanapun, buat masa ini, saya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,” katanya dalam video yang menyentuh mengenai tarif AS itu disiarkan di Facebook hari ini.
Anwar berkata, asas makroekonomi negara kekal kukuh kerana disokong perbelanjaan isi rumah yang kukuh, pelaburan domestik yang mantap, hasil pelancongan yang baik dan pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













One Comment