BERITA SEMASA

UEC: DAP akan bertemu PM – Nga Kor Ming

TAIPING – DAP akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf.

Memetik laporan Malaysia Gazette yang memetik akhbar Sinchew Daily, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.

Menurutnya, DAP telah mendengar suara masyarakat Cina dan akan menyemak diri secara rendah hati supaya negara terus maju.

Sinchew Daily memetik Kor Ming sebagai berkata demikian dalam satu majlis makan malam amal di Sekolah Menengah Hua Lian di Taiping.

DAP dilaporkan mengulas isu UEC secara proaktif buat kali pertamanya selepas parti itu mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, yang menyaksikannya kecundang di semua kerusi, termasuk di kerusi bandar yang pernah menjadi kubu kuat.

Pakatan Harapan (PH) dilaporkan pernah memasukkan pengiktirafan UEC dalam manifesto pilihan raya pada 2018.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button