BERITA SEMASAPOLITIK

“Sudah tiba masanya untuk mengundur diri” – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, memberi bayangan mengundur diri selepas merasakan segala usaha dan tuntutan dalam perjuangan politiknya telah dilaksanakan sehabis baik.

Dr Akmal mengakui beliau telah berusaha dan menyampaikan pandangan sedaya upaya sepanjang memegang tanggungjawab tersebut, namun tidak menolak kemungkinan wujud kelemahan daripada dirinya sendiri.

“Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pelbagai perbahasan mengenai masa depan serta hala tuju UMNO dalam landskap politik semasa yang sedang hangat diperkatakan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus menyuarakan pandangan dan keprihatinan terhadap perjuangan Pemuda UMNO.

Beliau berkata, pihaknya yakin bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan niat baik demi agama, bangsa dan tanah air akan menemui waktunya.

“Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah waktunya akan sampai jua,” katanya.

Semalam, Dr Akmal merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kesediaan meneliti kerjasama politik susulan beberapa usul yang dibangkitkan pada Konvensyen Khas Pemuda tempoh hari.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, UMNO boleh memulakan langkah dengan meneliti bentuk kerjasama yang sesuai demi penyatuan orang Melayu, dan menyifatkan masa ini sebagai waktu yang tepat untuk memulakan usaha tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button