BERITA SEMASA

Warga asing ‘berkelah’ minta sedekah di tanah perkuburan

KUALA LUMPUR – Suasana ziarah kubur sempena Aidilfitri tercalar apabila sebuah tanah perkuburan Islam di Pulau Pinang didakwa menjadi lokasi tumpuan peminta sedekah warga asing yang berkumpul seawal pagi raya.

Menerusi video dikongsikan pengguna Thread, Miaaashahiid, kelihatan sekumpulan individu dipercayai bukan warga tempatan duduk di laluan masuk kawasan perkuburan terdiri daripada lelaki, wanita serta kanak-kanak.

Rakaman itu menunjukkan mereka membentangkan kain atau tikar seolah-olah ‘berkelah’ sambil menunggu kehadiran waris untuk mendapatkan simpati dan sedekah.

Ada juga yang menegur pengunjung dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ bagi menarik perhatian.

“Pergi melawat kubur arwah ibu dan keluarga. Perangai orang-orang minta sedekah penuh kat kubur.

“Orang Rohingya, warga asing. Bapa saya cakap, kebiasaannya pagi raya lagi penuh diorang. Siap ‘cop’ tempat letak kotak, letak kain macam piknik. Siap makan-makan.

“Weh, warga asing memang tahu orang Melayu, orang Islam ni suka sedekah dan senang scam, jadi standby (mereka siap sedia) kat tanah perkuburan Islam,” katanya pada hantaran dimuat naik semalam.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa kurang selesa, selain menasihatkan orang ramai agar tidak memberi wang secara langsung bagi mengelakkan aktiviti itu terus berleluasa.

“Dah lama berhenti bagi sedekah cara ni. Hati kena kental. Banyak cara lagi nak sedekah. Jika tak ada yang memberi, mesti tak macam ni,” komen @Affrhnqyh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button