JENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas direman enam hari, disyaki rogol cucu 13 tahun

BATU PAHAT – Seorang pesara warga emas direman enam hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogolnya cucunya yang berusia 13 tahun.

Perintah reman terhadap suspek berusia 67 tahun itu dikeluarkan Majistret Arun Noval Dass bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan laporan, polis menerima aduan berhubung kejadian itu kelmarin selepas mangsa menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya.

Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum ini tinggal bersama datuknya di daerah ini selepas ibu bapanya berpisah, memetik laporan BH Online.

Bagaimanapun, pada April lalu, ibu mangsa membawanya pulang ke sebuah negeri di utara tanah air.

Kejadian terbongkar selepas ibu mangsa menyedari tingkah laku anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan.

Mangsa tidak menceritakan pada awalnya, namun selepas didesak akhirnya dia memberitahu dirogol datuk sendiri. Daripada maklumat awal, kejadian berlaku sepanjang tahun lalu dan kali terakhir pada Disember.

Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button