Warga emas maut dihempap pagar
TANAH MERAH – Seorang pemilik kilang pagar dawai maut selepas dihempap pintu pagar dalam kejadian di kawasan Perindustrian, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa itu maut di kilang miliknya akibat kecederaan parah.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah atau berlaku pergaduhan dalam kes berkenaan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mangsa yang berusia 70 tahun itu dikatakan sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang berkenaan dan menolak pagar untuk menutupnya pada sekitar pukul 3.30 petang.
Bagaimanapun, roda pagar terkeluar daripada landasan yang akhirnya menyebabkan pintu pagar berkenaan terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












