BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita warga emas maut, dua kenderaan jatuh gaung

IPOH – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 314 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tapah, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, dua daripada kenderaan terlibat iaitu sebuah lori treler membawa muatan batu dan kereta jenis Lexus terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.06 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah segera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, didapati dua daripada kenderaan terlibat iaitu lori treler dan kereta Lexus telah terbabas ke dalam gaung dengan tiga mangsa di dalam kereta Lexus tersepit.

“Pemandunya yang berusia 43 tahun dan penumpang di bahagian hadapan berusia 77 tahun mengalami kecederaan, manakala mangsa yang duduk di bahagian belakang berumur 71 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pemandu kereta BMW serta pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button