4 cedera dalam kemalangan babitkan 2 lori, 2 Myvi
KLANG – Empat individu cedera dalam insiden kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Meru Tambahan, Kampung Bukit Cerakah di sini pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori tanah, lori sampah dan dua kereta jenis Perodua Myvi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi.
“Tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun cedera dalam kejadian itu.
“Semua mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan sebelum ketibaan bomba.
“Mereka kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, operasi menyelamat berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 9.45 pagi.
Terdahulu, satu rakaman video tular memaparkan sebuah lori tanah dipercayai gagal dikawal lalu merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di lokasi terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












