BERITA SEMASA

Apa lagi yang perlu tunggu, tarik saja sokongan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh mendesak supaya partinya menarik semula sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan komen berbentuk negatif oleh beberapa pemimpin dalam gabungan itu.

Dr Akmal berkata, adalah lebih bermaruah menjadi pembangkang daripada menerima penghinaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

“Apa lagi yang perlu kita tunggu???
Tarik sajalah sokongan daripada kerajaan ni. Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ni,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu dalam reaksi segera berhubung keputusan mahkamah itu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menyifatkannya sebagai berita yang menggembirakan sempena sambutan Tahun Baharu 2026.

Apa lagi yang perlu tunggu, tarik saja sokongan - Dr Akmal
Hantaran Yeo Bee Yin yang mencetuskan kemarahan pemimpin UMNO.

Dalam pada itu Dr Akmal juga menggesa perwakilan UMNO yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung UMNO bulan hadapan untuk berani membawa suara rakyat dan akar umbi orang Melayu.

“Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu. Jangan takut, jangan gentar,” katanya.

Sementara itu Dr Akmal juga menyindir Bee Yin supaya tidak melupakan kekalahan teruk DAP ketika Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button