AS–India meterai perjanjian perdagangan baharu – Trump
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan Amerika Syarikat dan India mencapai persetujuan dalam satu perjanjian perdagangan baharu.
Trump berkata, India bersetuju untuk menghentikan pembelian minyak dari Rusia dan akan meningkatkan pembelian tenaga dari Amerika Syarikat serta berpotensi dari Venezuela, langkah yang disifatkannya mampu menyokong usaha menamatkan perang di Ukraine.
Menurut beliau, persetujuan itu dicapai berdasarkan hubungan persahabatan dan rasa hormat terhadap Perdana Menteri India, Narendra Modi, selain memenuhi permintaan pemimpin negara tersebut.
“Berkuat kuasa serta-merta, kami bersetuju dengan Perjanjian Perdagangan antara Amerika Syarikat dan India.
“Amerika Syarikat akan mengenakan tarif timbal balik yang dikurangkan daripada 25 peratus kepada 18 peratus,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Trump turut memaklumkan Modi komited untuk membeli barangan Amerika Syarikat bernilai lebih daripada AS$500 bilion, termasuk produk tenaga, teknologi, pertanian dan lain-lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












