JENAYAH & MAHKAMAH

Bayi empat bulan maut di taska, punca kematian dikenal pasti lemas

BUKIT MERTAJAM – Punca kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska 24 jam berhampiran Hospital Seberang Jaya minggu lalu disahkan akibat lemas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, hasil dapatan awal bedah siasat menunjukkan mangsa, Hayl Haarith Mohd Syafaeez meninggal dunia akibat lemas.

Menurutnya, kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan beberapa aspek penting sedang diperhalusi,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di Plaza Tol Juru, hari ini.

BACA JUGA:

Bayi empat bulan maut di pusat jagaan dalam kawasan hospital

Bapa Hayl Haarith mahu ambil tindakan undang-undang susulan kematian bayinya di taska

Sebelum ini, dua pekerja taska berusia 31 tahun direman tujuh hari bermula 10 Mac lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis turut mengesahkan membuka kertas siasatan mengikut kes bunuh.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di taska pada awal pagi Isnin lalu dan kemudian dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya selepas ibunya, Ummu Habibah Wahab, 30, yang bertugas sebagai jururawat syif malam, menerima panggilan memaklumkan wajah anaknya bertukar kebiruan.

Pasukan perubatan menjalankan prosedur resusitasi kardiopulmonari selama kira-kira sejam, namun usaha menyelamatkan bayi itu gagal.

Bayi berkenaan baru sahaja dihantar ke taska selepas ibunya kembali bertugas selepas tempoh berpantang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button