BERITA SEMASA

Dihanyutkan kepala air, satu keluarga dikhuatiri lemas

KEMAMAN – Satu keluarga dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih, di sini.

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian lemas itu disedari, susulan penemuan mayat dipercayai seorang wanita hanyut di sungai di kampung berkenaan.

Penemuan mayat wanita itu dilaporkan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Pada masa sama, satu lagi mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan dan dipercayai kedua-dua mangsa yang ditemui lemas dipercayai bersama 8 lagi mangsa lain.

Sebuah motosikal yang ditemui di lokasi kejadian

Pihak polis turut menemui sebuah kereta Jenis Proton Gen 2 kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan.

Hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah dan mendapati mangsa telah lemas kesan dari kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih.

Identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti.

Kedua-dua mayat yang ditemui telah dibawa ke Hospital Kemaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button