Hari Keselamatan Internet angkat kesedaran penggunaan teknologi, AI secara selamat
SEMPENA Hari Keselamatan Internet 2026 yang akan dianjurkan pada 8 Februari ini di Taman Tasik Titiwangsa di sini pelbagai acara menarik berbentuk komuniti berskala besar akan dianjurkan dengan menghimpunkan pendidikan keselamatan digital, teknologi pintar serta hiburan mesra keluarga
Disambut setiap tahun di lebih 170 negara, Hari Keselamatan Internet bertujuan mempromosikan penggunaan internet yang selamat, bertanggungjawab dan positif, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda.
Di Malaysia, penganjuran Hari Keselamatan Internet 2026 diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena sambutan Hari Keselamatan Internet Antarabangsa.
Bertemakan “Teknologi Pintar, Pilihan Selamat (Penggunaan AI Secara Selamat dan Bertanggungjawab)”, program tersebut menekankan kepentingan membuat pilihan digital yang bijak dalam memanfaatkan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), selari dengan keperluan semasa landskap digital yang semakin berkembang.
Fokus utama diberikan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga agar teknologi digunakan secara beretika, selamat dan bertanggungjawab.
Sepanjang penganjuran, orang ramai bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran interaktif keselamatan Internet, sesi pocket talk bersama pakar, aktiviti komuniti, demonstrasi teknologi pintar, serta pelancaran rasmi Kempen Internet Selamat 2026.
Acara ini turut dimeriahkan dengan konsert mini artis tempatan sebagai pendekatan santai bagi mendekati masyarakat pelbagai lapisan.
Antara artis yang akan mengambil bahagian ialah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Insomniacks, Ismail Izzani dan ramai lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












