BERITA SEMASA

Kabinet teliti laporan siasatan KP SPRM, keputusan dijangka minggu depan

PUTRAJAYA – Laporan siasatan berhubung dakwaan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hampir dimuktamadkan dan dijangka diserahkan minggu depan.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa siasatan yang diketuai Peguam Negara sedang menyelesaikan proses akhir sebelum laporan itu dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

Menurut beliau, Kabinet memandang serius dakwaan berkenaan termasuk tuduhan penyalahgunaan institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat.

“Laporan polis telah dibuat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya selepas mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Tambah beliau, Jemaah Menteri juga mengambil maklum cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan akan meneliti keperluan langkah tersebut selepas laporan penuh diterima.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button