Kes Zara Qairina: Lima remaja akan dituduh Rabu ini
PUTRAJAYA – Lima remaja akan didakwa Rabu ini berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, semua remaja terlibat berusia bawah 18 tahun dan akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi proses pertuduhan.
“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina.
“Mereka berusia di bawah 18 tahun,” lapor BH Online, hari ini.
Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas kesemua lima individu berkenaan.
Terdahulu, peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina mencadangkan supaya kesemua individu terlibatr dalam kes berkenaan dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
Kumpulan peguam tersebut berharap, pendakwaan terhadap individu-individu terbabit yang dikaitkan dengan kematian Zara akan menggunapakai seksyen tersebut supaya hukuman yang berat dapat dikenakan terhadap mereka jika berlaku sabitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












