JENAYAH & MAHKAMAH

Komander AKPS terselamat, kenderaan ditembak dua das di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Seorang Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam terselamat selepas kenderaan jenis Proton X70 yang dinaikinya ditembak dua das oleh individu tidak dikenali awal pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Senior Asistan Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, ketika kejadian Mohd Nasaruddin berada di dalam kenderaan dan dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal.

“Suspek dipercayai menghampiri kenderaan mangsa lalu melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

“Satu tembakan mengenai pintu belakang sebelah kanan, manakala satu lagi terkena pintu hadapan penumpang sebelah kiri,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button