BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kuil tidak sah: UKM tunggu keputusan kerajaan negeri

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil maklum berhubung isu tular pembinaan kuil di kawasannya dan telah mengambil langkah sewajarnya bagi menangani perkara berkenaan.

Menurut UKM, satu sesi perbincangan telah diadakan antara pihak pengurusan universiti bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi mencari penyelesaian terhadap isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah milik institusi itu.

“Hasil perbincangan tersebut, satu keputusan telah dicapai untuk membawa perkara berkenaan ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) Negeri Selangor bagi pertimbangan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, UKM memaklumkan pihaknya perlu menunggu maklum balas serta tindakan lanjut daripada Kerajaan Negeri Selangor sebelum sebarang langkah seterusnya dapat dilaksanakan.

Menurut UKM, setiap tindakan perlu melalui prosedur ditetapkan serta melibatkan pertimbangan pihak berkuasa berkaitan termasuk kerajaan negeri bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh, berhemah dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Dalam masa sama, UKM berharap isu itu dapat diselesaikan secara tuntas memandangkan ia memerlukan pendekatan berhati-hati serta berperingkat tanpa tindakan agresif atau tergesa-gesa.

“UKM akan terus memantau perkembangan dan bergantung kepada tindakan pihak berkuasa berkaitan untuk langkah seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, UKM menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan dalam kalangan komuniti, sambil menghargai keprihatinan masyarakat terhadap isu tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button