Operator kilang cedera ditembak di hadapan rumah keluarga
KULIM – Seorang operator kilang cedera akibat ditembak dalam kejadian di hadapan rumah keluarganya di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu berlaku ketika lelaki berusia 24 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd. Faizal Tengku Yeng, suspek berusia 42 tahun sebelum itu dipercayai menghubungi mangsa dan memintanya datang ke rumah.
“Namun, mangsa ditahan suspek di lokasi kejadian sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka. Suspek kemudian melepaskan satu das tembakan yang mengenai mangsa,” katanya, hari ini.
Beliau menambah, mangsa mengalami kecederaan apabila sebutir peluru menembusi lengan kanan sebelum terkena bahagian dada kanan serta angsa dikejarkan ke Hospital Kulim oleh abangnya dan kini masih menerima rawatan.
Susulan kejadian dan bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai pemandu lori di hadapan rumahnya di kawasan kampung berhampiran.
“Dalam serbuan itu, polis merampas sepucuk pistol jenis revolver bersama 10 butir peluru hidup, dua kelongsong peluru serta sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua individu mempunyai rekod lampau, dengan mangsa mempunyai 10 kes berkaitan jenayah dan narkotik manakala suspek pula mempunyai 14 kes jenayah termasuk dadah,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












