JENAYAH & MAHKAMAH

Pandu Triton secara melulu: Suspek lelaki direman empat hari

BUKIT MERTAJAM – Pemandu trak pikap Mitsubishi Triton yang memandu secara melulu dan berbahaya di Seberang Jaya, di sini semalam direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman bermula hari ini hingga Jumaat terhadap lelaki tempatan berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret J. Savinder Singh.

Siasatan terhadap suspek akan dijalankan di bawah dua peruntukan undang-undang, iaitu Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan.

Insiden itu mula mendapat perhatian selepas media sosial dibanjiri dengan klip video dan gambar memaparkan sebuah Mitsubishi Triton berwarna oren dipandu secara melulu di Seberang Jaya, hingga menimbulkan panik kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan itu juga menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button