BERITA SEMASA

Pejalan kaki maut dilanggar MPV

LUNDU – Seorang lelaki maut dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina ketika berjalan kaki di Lorong Biawak 10, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Pegawai Bomba Kanan II, Francis Kotter berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung insiden itu pada pukul 4.34 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki terperosok di bawah kenderaan jenis Nissan Grand Livina.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa, Immanuel Heypli, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan kesihatan Hospital Lundu.

Susulan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button