Polis tahan warga asing disyaki cuba buat gangguan seksual ke atas kanak-kanak
TAWAU – Polis menahan seorang warga asing kerana disyaki cuba membuat gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah rumah di daerah ini, semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pukul 1.33 tengah hari semalam.
“Suspek diupah pengadu melakukan kerja mengupas kelapa dan ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian di rumah selepas ibunya keluar menghantar dua abangnya yang bersekolah menengah sebelum kembali mengambilnya pula yang bersekolah petang.
“Suspek dikatakan memanggil mangsa melalui pintu di dapur dan apabila mangsa membuka pintu, suspek meluru masuk ke dapur dan memintanya membuka pakaian seragam sekolah.
“Mangsa yang terkejut dan ketakutan terus melarikan diri melalui pintu hadapan dan menunggu ibunya di rumah jiran berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau segera ke lokasi dan berjaya menahan suspek.
“Pemeriksaan ke atas suspek berusia 31 tahun mendapati dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah untuk menetap di negara ini.
“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak,” katanya lagi
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









