Pekerja swasta rugi lebih RM600,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
KUANTAN – Seorang pekerja swasta mengalami kerugian RM636,123 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 57 tahun itu melihat iklan pelaburan saham dikenali sebagai `Bookmap Malaysia’ di laman sosial Facebook pada 3 November 2025.
Susulan itu, suspek kemudian menawarkan skim pelaburan saham menjanjikan keuntungan 30 peratus dalam tempoh sebulan dengan modal minimum RM10,000.
“Bagi meyakinkan mangsa, suspek mengarahkan mangsa untuk memuat turun satu aplikasi pelaburan dikenali `BM-max’ melalui pautan yang diberikan menerusi WhatsApp.
“Bermula dari 9 Januari hingga 11 Februari lalu, mangsa membuat sebanyak empat transaksi pindahan wang kepada empat akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM636,123. Mangsa dikatakan menggunakan wang simpanan dan pinjaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata, melalui aplikasi itu, mangsa ditunjukkan paparan keuntungan yang kononnya meningkat sehingga mencecah kira-kira RM1.84 juta termasuk komisen pelaburan.
“Orang ramai dinasihatkan merujuk dengan pihak polis sebelum membuat pelaburan yang meragukan, selain menyemak nombor akaun di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












