BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas dipenjara 11 tahun samun dua wanita lanjut usia

KANGAR – Seorang lelaki berusia 67 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menyamun dua wanita warga emas dalam dua kejadian berasingan di Arau pada Disember tahun lalu dan Januari lalu.

Tertuduh, Abd Khalid Hamid dari Alor Setar, mengekalkan pengakuan bersalahnya sebagaimana prosiding sebelum ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan samun terhadap Hamiah Ismail, 83, dengan melarikan seutas rantai leher emas seberat 22 gram di sebuah rumah di Kampung Katong, Kurung Anai, Arau kira-kira pukul 11.30 pagi pada 27 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Abd Khalid didakwa menyamun Siti Gayah Ahmad, 87, dengan melarikan seutas rantai emas bernilai RM7,000 di sebuah rumah di Kampung Changkat Kabu, Jelempok, Arau kira-kira pukul 5 petang pada 6 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam, Azira Aziz dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dalam rayuannya, Azira memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya telah insaf selain perbuatan itu dilakukan akibat desakan kesempitan wang dan bukan bertujuan untuk hidup mewah.

Selepas mempertimbangkan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bagi kedua-dua pertuduhan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button