
BERITA SEMASA
Ahli jawatankuasa surau selamatkan bayi dibuang dalam semak
LUMUT – Ahli jawatankuasa sebuah surau di Kampung Permatang dekat sini berjaya menyelamatkan seorang bayi dipercayai dibuang di dalam semak di belakang surau berkenaan, petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai mengenai penemuan bayi itu pada pukul 6.54 petang semalam.

“Siasatan mendapati, bayi lelaki tersebut ditinggalkan di dalam semak dan berbalut dengan kain sebelum ditemui salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut yang mahu membersihkan persekitaran kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











