Pacuan empat roda terjunam Sungai Klang, pemandu selamat
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terjunam ke dalam Sungai Klang berhampiran Jalan Munshi Abdullah, di sini, pagi tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 10.40 pagi sebelum sepasukan anggota bersama Unit Perkhidmatan Rawatan Kecemasan (EMS) digerakkan ke lokasi.
Menurut kenyataan itu, sebaik pasukan tiba di lokasi, mangsa didapati telah diselamatkan lebih awal oleh orang awam yang berada berhampiran.
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan terus dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut,” memetik BH online.
Bagaimanapun, ketika ketibaan pasukan penyelamat, hanya kenderaan mangsa yang masih berada di dalam sungai.
Operasi mengeluarkan kenderaan tersebut kemudian dilakukan dengan bantuan kren awam.
Setakat ini, status kecederaan mangsa masih belum didedahkan, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












